Catatan

Buntu..

Hidup ini susah.. aku sangat struggle nak baiki diri.. sangat struggle nak survive.. hidup aku kosong.. mencari-cari diri aku.. Dosa aku yang terlalu banyak.. adakah Allah ampunkan aku? Terima taubat aku? mampukah aku bertahan.. sesekali aku rasa aku dapat balik depression aku dulu.. depression bukan penyakit gila.. tapi aku pernah di labelkan gila..terima kasih orang kelilingku.. kamu sangat prihatin dengan gila aku.. jiwa aku memberontak.. mencari sisa sisa kekuatan aku dengan Rabull'alamin.. Allah terima la taubat ku.. aku tak tau nak buat apa.. aku buntu.. aku sesat.. aku tak tau apa tujuan hidup aku.. aku tak kuat.. setiap kali aku cuba dekatkan diri kepada Mu.. iman aku di uji.. ujian yang aku tak mampu dan tak kuat nak tanggung.. Allah ampunkan aku.. banyak kilaf aku pada Mu.. banyak salah aku padaMu.. apa perlu aku buat.. apa perlu aku buat.. apa perlu aku buat... aku blank.. buntu tak tahu apa dan di mana aku perlu mulakan.. Ya Rabb.. moga enkau dengar isi hatiku..

Finally! I am back..

Imej
Assalammualaikum semua.. walaweii.. berhabuk.. ok new life new beginning.. aku tiba-tiba hilang dari radar.. sejak lahirkan anak sulong sambung pulak anak kedua. tiba-tiba tangan gatal cari balik blog usang ni.. alhamdulillah jumpa balik.. nasib baik ingat password login.. ehhehe jadi misi aku sekarang untuk terus konsisten menulis dan menulis dan menulis dan menulis lagi dan lagi.. boleh ke?? hahahah.. ok i will try my best! untuk content harini aku just nak ucap HELLOOOOOO & Thank You sudi singgah blog usang aku ni.. hahahha jmpa lagi.. xoxo

Tips Lipat Baju Dengan Pantas

Assalammualaikum.. Setelah sekian lama tak boleh buka blog kesayangan ku ini.. akhirnya.. dpt jgk update.. kali ni nk share tips lipat baju yang pang cepat dan sangat berkesan.. lipat baju mmg bukan kesukaan ku.. tapi sekarang mcm ketagih lak nak lipat baju.. semudah ABC!!  thanks to mamachrysalis.com (http://mamachrysalis.com/tips-kemas-rumah-tips-lipat-baju-cepat-tersusun/#respond) terima kasih atas tips2 yang sangat berguna!! jom kita semak.. ni step by step dari mamachrysalis..  Ada 5 step semua sekali. Korang follow satu-satu. Confirm cepat siap. 1- Longgokkan semua baju yang dah siap di basuh di atas lantai/tikar/karpet yang bersih dan luas kawasannya. Sebab kita akan guna ruang yang agak besar kalau nak lebih selesa dan kalau 3 minggu punya baju yang belum lipat, lagi banyak ruang nak guna..hehehe 2- Pilih semua baju yang ada tu dan asingkan ikut kategori. Biasanya saya akan kategorikan ikut macam ni. – Kain Batik / Kain Pelekat / Tuala besar – Seluar – T s...

PREGNANCY: 2nd Trimester

Imej
DARI WEBSITE: http://kesihatanibumengandung.blogspot.com/ Trimester kedua: Minggu 13 - 28 Kebanyakan wanita mendapati trimester kedua kehamilan lebih mudah daripada yang pertama. Anda mungkin melihat bahawa gejala seperti loya dan keletihan akan hilang. Tetapi perubahan yang lebih ketara kepada badan anda kini berlaku. Abdomen anda akan berkembang kerana bayi terus berkembang. Dan sebelum trimester ini berakhir, anda akan merasakan bayi anda mula bergerak! Trimester kedua: Bayi pada 16 minggu Badan anda berubah untuk membuat bilik untuk bayi anda berkembang, anda mungkin merasai: Sakit badan, seperti bahagian belakang, abdomen, paha, atau paha sakit Regangkan tanda pada perut anda, payudara, paha, atau punggung Gelap kulit di sekitar puting anda Satu garis pada kulit berjalan dari butang perut ke garis rambut kemaluan Tompok kulit gelap, biasanya seluruh pipi, dahi, bibir, hidung, atau atas. Tampalan sering dipadankan pada kedua-dua belah muka. Ini kadang-kadang d...

PREGNANCY: 1st trimester

Imej
DARI WEBSITE: http://kesihatanibumengandung.blogspot.com/ Trimester pertama: Perubahan awal dalam Badan Wanita Semasa trimester pertama badan anda menjalani banyak perubahan. Perubahan hormon menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan anda. Perubahan ini boleh mencetuskan gejala walaupun dalam minggu pertama kehamilan. Tak datang haid adalah tanda jelas bahawa anda sedang hamil. Trimester pertama: Perubahan fizikal dan emosi Wanita  Perubahan lain yang anda mungkin alami semasa trimester pertama termasuk: Keletihan yang melampau, payudara bengkak. Puting anda juga mungkin melekat keluar. Sakit perut dengan atau tanpa muntah (morning sickness) Mengidam atau kebencian untuk makanan tertentu, perubahan mood, sembelit (masalah mempunyai pergerakan usus), perlu membuang air kecil lebih kerap, sakit kepala, pedih ulu hati, penambahan berat badan atau penurunan. Trimester pertama: Perubahan dalam rutin harian Wanita Selari denga...

Sakit bawah perut ketika hamil

Imej
Assalammualaikum.. lama sungguh tak updated sebab internet problem.. hari ini baru boleh guna..  Baru-baru ini aku mengalami sakit bawah perut yang sangat luarbiasa.. sakit teramat sangat.. tak tau nak buat apa.. baring tak kena, duduk tak kena, mengiring tak kena.. sampai nanges lar.. kesibukan aku waktu itu menyebabkan aku terpaksa banyak bergerak ke sana ke mari..  waktu nak solat zuhur ada blood spotting. Cuak! pergerakan aku terbatas.. kejap sakit kejap ok.. bila aku balik kerja.. awal-awal dah maklum kat suami aku tak boleh naik tangga rumah sebab sakit sangat.  suami ajak pergi check up kat Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sampai sana kami tunggu untuk berbuka puasa.. kemudian daftar untuk pemeriksaan.  aku dapat doktor baru.. 1st day kerja kat Jabatan Kecemasan & Trauma.. Kena check BP, air kencing dan scan..  Alhamdulillah pertama kali aku dapat tgk baby yang dah mula ada jantung.. tiba-tiba hilang rasa sakit sebab terlalu happ...

Kuah Rojak Petis

Assalammualikum.. Kali ini aku nak share recipe campak-campak secara tak sengaja jadi.. ehheheheh... di sebabkan terlalu kepingin nak makan rojak petis yang sedap dan di simbahi kacang yang yummm yummm... jom try.. Kuah Rojak Petis blend: 2 ulas bawang besar 6 biji cili padi (lebihkan kalau suka pedas) 1 inci belacan 1/2 botol kicap cap kipas udang 3 sudu besar petis garam gula (ikut rasa manis yang disukai) penambah perisa (optional) **kacang tanah utk ditabur atau dicampur dalam kuah masak semua atas dapur sampai didih.. bila sejuk kuah akan jadi lebih pekat.. GOOD LUCK!!