Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Pertukaran Status

Imej
Huh! macam tak percaya tinggal lagi 5 hari sebelum majlis pernikahan ku.. pejam celik pejam celik dah nak jadi isteri org dah.. aku akan mula bercuti 28hb April 2015 sebagai persediaan sebelum majlis.  banyak juga kerja-kerja yang perlu di siapkan. dengan penuh pengharapan, rahmat dan keredhaan Dia. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. rasa rindu pada sanak saudara terutamanya sepupu-sepupu perempuan aku yang sangat kecoh.  rindu sangat dekat semua.  Doakan kami, semoga selamat perjalanan pergi dan balik kami.. serta kemeriahan majlis kami nanti berjalan dengan lancar dan teratur. Insyallah.. amin

Kisah Suami Teringat Kekasih Lama

Credit to: Debunga Cinta - http://efatin-eman.blogspot.com/ Hujan gerimis di luar. Di beranda rumah. Namun, tidak tempias. Kelihatan dua lelaki tengah berborak. Kawan lama yang dah lama tak jumpa. Ziarah si suami yang baru dua tahun bernikah. Si isteri ada dalam rumah, sediakan makanan dan minuman. Suami: "Aku ada masalah sikitlah." Sahabatnya: "Masalah? Masalah rumahtangga ke? Kalau rumahtangga, aku tak nak masuk campur tahu." Suami: "Bukan. Masalah d iri aku sendiri. Kebelakangan ni aku asyik teringat pada kekasih lama. Sampai termimpi-mimpi. Sedikit sebanyak, menggugat hati aku pada isteri." Sahabatnya: "Oh. Yang dulu tu ya. Ada contact-contact lagi ke?" Suami: "Tak ada. Aku just teringat. Kadang-kadang, aku stalk fbnya." Sahabatnya: "Ya Allah. Tak baik begitu. Aku tahu yang dulu tu cantik jelita. Ada segala..." Suami: "Itulah. Buat aku banyak berfikir." Sahabatnya: "Please jangan menyesal. ...

Nasi Ayam Penyet Kesukaan Si Dia

Imej
Nasi Ayam Penyet (2 - 3 org) Perapan Ayam: 1/2 ekor ayam Bahan kering sangai sampai wangi lepas itu blender. 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan hitam 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar lada putih 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk kari daging (optional) Garam secukupnya Minyak untuk menggoreng Campur semua bahan kering dalam ayam dan perap sekurang-kurangnya 2 jam. Kemudian goreng dengan api sederhana hingga masak garing. Sambal Ayam Penyet: 7 biji Cili Padi 2 biji Cili Merah 1 biji Bawang besar 1 biji Tomato 1 inci Belacan Garam dan Perisa secukupnya Paste air asam jawa secukupnya  Semua bahan di blander kasar sedikit dan kemudian campur bahan optional Optional 1/2 biji tomato di potong kiub Perahan air limau purut (** ambil sedikit kulit limau purut dan racik halus) Bahan-bahan ulam-ulaman: Tempe Tauhu Goreng Kacang Panjang Tomato Timun / Salad SELAMAT MENCUBA!!

Petua Seri Wajah Pengantin

Imej
Tinggal beberapa hari sebelum majlis perkahwinan kami.. Pelbagai persiapan telah di buat hingga menanti waktu di Ijab Qabul. Persiapan diri perlulah di jaga rapi dan sebaik-baiknya 44 hari sebelum majlis.   Ini beberapa petua yang aku amalkan untuk hari-hari terakhir majlis: Minum air inai - ambil segenggam daun inai kemudian rebus. Minum suam-suam.  Makan kelopak bunga rose - tapi kena hati-hati.. cuci dulu baru makan. takut ada bekas-bekas semburan racun serangga / ubat pengawet Minum air suam panas banyak-banyak  Minum air asam jawa Makan buah tomato separuh dan lagi separuh buat masker wajah Sentiasa senyum dan positif walaupun ada banyak masalah.  Paling penting dan wajib buat - solat wajib dan solat-solat sunat.  Kalau ada masa baca yassin.   Perkara penting kena buat setiap hari atau dua hari sekali. Call mak.. hehheheh.. Insyallah tersenyum selalu.  Terima kasih momi. Love u! Amalkan baca Suruh Yusuf ayat 4 sebagai penyer...

Jodoh dari Tuhanku

Cinta & Alam Perkahwinan.. Perkara yang tak pernah terfikir dalam fikiran.. Penantian yang sangat lama.. Sampai tak terjangkau akal fikiran aku akan berkahwin di usia begini..  Kesabaran menunggu jodoh yang telah Allah takdirkan di Lauh Mahfuz.  Banyak cabaran, kata-kata sumbang, penghinaan, fitnah ibarat menjadi lumrah, tanpa pernah mereka fikirkan takdir Allah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Alhamdulillah.. Ya, pemilik tulang rusuk telah datang temui aku.. Datangnya penuh misteri, penuh kejutan bagaikan magic!  Berdetak hati waktu pertama kali bertemu.. Hati tak keruan dengan debaran hingga terdetik dalam hati "Dia ni jodoh aku ke??  Napa aku rasa tak senang duduk bila tengok muka dia ni??"..  Keyakinan dan ketentuan Allah.. Itulah pertemuan pertama aku dengan bakal suami.. Ejad. Pertemuan pertama pada bulan awal Disember 2014 di kedai Aksesori Kereta, Pontian.  Dek kerana debaran yang sangat kuat, tanpa ragu dalam hati kecil aku berdoa pa...