Jodoh dari Tuhanku
Cinta & Alam Perkahwinan..
Perkara yang tak pernah terfikir dalam fikiran.. Penantian yang sangat lama.. Sampai tak terjangkau akal fikiran aku akan berkahwin di usia begini.. Kesabaran menunggu jodoh yang telah Allah takdirkan di Lauh Mahfuz. Banyak cabaran, kata-kata sumbang, penghinaan, fitnah ibarat menjadi lumrah, tanpa pernah mereka fikirkan takdir Allah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Alhamdulillah.. Ya, pemilik tulang rusuk telah datang temui aku.. Datangnya penuh misteri, penuh kejutan bagaikan magic! Berdetak hati waktu pertama kali bertemu.. Hati tak keruan dengan debaran hingga terdetik dalam hati "Dia ni jodoh aku ke?? Napa aku rasa tak senang duduk bila tengok muka dia ni??".. Keyakinan dan ketentuan Allah.. Itulah pertemuan pertama aku dengan bakal suami.. Ejad. Pertemuan pertama pada bulan awal Disember 2014 di kedai Aksesori Kereta, Pontian. Dek kerana debaran yang sangat kuat, tanpa ragu dalam hati kecil aku berdoa padaNya.. " Ya Allah, jika dia takdir yang Engkau jodohkan untuk ku, satu hari kami pasti akan berjumpa semula".
Siapa sangka pertemuan kedua di tempat yang sama.. Kedai Aksesori Kereta.. Hehehhehe.. Bagai panah dalam hati.. menusuk! 20hb Januari 2015 sehari sebelum Annual Dinner Kelab KEPESTA di Berjaya WaterFront, Johor. Cerita di atur cantik dan indah sekali.. Beberapa hari sebelum itu, lampu kereta aku terbakar. Aku dah tukar mentol tp masih tak menyala. Memikirkan bahaya bawa kereta malam-malam, aku nekad pergi ke Kedai Aksesori Kereta yang sama. Bila keluar kereta.. dia tegur.. Siapa sangka kami bertemu kembali.. Macam nak gugur jantung.. "Allah! aku jumpa dia lagi.. betul ke ni?" Terus aku teringatkan doa aku pada pertemuan pertama. Kami bertukar-tukar nombor telefon bila masing-masing pasti masih bujang dan kami mula berhubung..
Pada aku, itulah detik indah pertemuan kami.. dua hari berkenalan.. Ejad ajak aku jadi isterinya yang sah.. Atas keyakinan yang tinggi pada doa aku yang lepas.. tanpa ragu aku terima lamaran Ejad dan kami merancang berkahwin sebelum bulan Ramdhan tahun ini. Setiap hari aku berdoa padaNya agar dipermudahkan segala urusan dan perancangan kami. Alhamdulillah.. Allah tunaikan hasrat kami sekali lagi..
Insyallah tarikh 3hb Mei 2015 pilihan keluarga kami.. Semoga Allah permudahkan Ijab Qabul kami dan bertambah ketakwaan dan keberkatan dalam menjalani kehidupan rumahtangga kami selepas berkahwin nanti.
Harapanku.. Semoga aku menjadi isteri yang taat dan soleh untuk suamiku.. Sentiasa memahami dan membahagiakan hati suamiku dan keluarga kami. Semoga Allah makbulkan doa-doa kami dan tidak sesekali membolak balikkan hati-hati kami... Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam benak hati ini.. Syukur padaMu Ya Allah.. Engkau kurniakan insan dan jodoh terbaik untukku.. Jodoh yang terbaik dari apa yang aku harapkan. Semoga kami sentiasa sabar, bertolak ansur dan saling percaya antara satu sama lain.
Semoga Ejad menjadi suami yang soleh dan menjadi contoh kepada aku dan anak-anak yang bakal hiasi hari-hari kami nanti. Moga jodoh kami kuat dan kekal hingga akhir hayat kami.. Insyallah.
Aku terima nikahnya kerana Allah. Cintai dirinya keranaMu Ya Allah..

Ulasan
Catat Ulasan