Indah Bercinta Selepas Kahwin
Indahnya bercinta selepas kahwin... serious.. memang seronok.. beza sgt kalau bercinta sebelum kahwin.. aku berterima kasih dan memanjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah yang sesungguhnya amat menyayangi aku..
DIA beri suami yang terbaik untuk aku.. DIA bagi sama seperti apa yang aku doakan setiap hari.. aku rasa amat bertuah.. setiap detik rindu kat suami.. bila masing-masing pegi keje mulalah rasa rindu membuak-buak.. begitu jugak suami aku.. kami selalu tertanya-tanya.. "tak sangka kahwin dengan hang.. hahhaha"..
(biasalah suami aku orang kedah.. background family aku pon utara.. senang nak bual..hehhhehe)
kadang-kadang rasa kelakar pulak bila masing-masing rasa tak boleh berjauhan.. hhehehhe..
Sebelum kahwin hari-hari aku doa padaNya:
- Ditemukan dengan jodoh yang terbaik yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya
- aku mohon pada Allah agar jodoh aku sebaik arwah abah.. penyanyang, memahami, ambil berat, kelakar, tempat aku bermanja-manja.. suka bawa aku pegi jalan-jalan... hehhehe
- aku juga mohon jodoh aku yang selalu bantu buat kerja-kerja rumah.. yelah masing-masing kerja.. alhamdulillah suami memang terbaik.. rajin bantu mana-mana kerja rumah yang dia mampu.. :)
- yang paling penting dalam doa aku padaNya.. selain dari redha Allah.. Restu keluarga amat penting.. tanpa redha ibubapa tak mungkin kita bahagia..
- selain itu aku doa agar suami aku seorang yang boleh menjadi imam dalam setiap solat di setiap waktu.. jaga solat.. maka terbentuklah iman.. terbentuk iman maka terbentuklah ukhwah keluarga.. insya Allah..
Nasihat aku buat kawan-kawan yang belum bertemu jodoh.. banyakkan bersabar.. jangan putus doa.. part ni susah sikit.. aku amat mengakuinya.. kena IKHLAS redha dan terima qada qadar Allah.. kalau bukan jodoh kita kat dunia mungkin jodoh kita dah tunggu kat syurga..
Indahnya janji Allah pada yang belum berkahwin sekiranya dia taat pada suruhan Allah dan dia meninggal dunia.. Rasulullah S.A.W yang akan sambut kita di sana.. Indahkan.. jadi kena banyak bersabar ye.. insya Allah takkan tertukar tulang rusuk kita..


Ulasan
Catat Ulasan