Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Tips Lipat Baju Dengan Pantas

Assalammualaikum.. Setelah sekian lama tak boleh buka blog kesayangan ku ini.. akhirnya.. dpt jgk update.. kali ni nk share tips lipat baju yang pang cepat dan sangat berkesan.. lipat baju mmg bukan kesukaan ku.. tapi sekarang mcm ketagih lak nak lipat baju.. semudah ABC!!  thanks to mamachrysalis.com (http://mamachrysalis.com/tips-kemas-rumah-tips-lipat-baju-cepat-tersusun/#respond) terima kasih atas tips2 yang sangat berguna!! jom kita semak.. ni step by step dari mamachrysalis..  Ada 5 step semua sekali. Korang follow satu-satu. Confirm cepat siap. 1- Longgokkan semua baju yang dah siap di basuh di atas lantai/tikar/karpet yang bersih dan luas kawasannya. Sebab kita akan guna ruang yang agak besar kalau nak lebih selesa dan kalau 3 minggu punya baju yang belum lipat, lagi banyak ruang nak guna..hehehe 2- Pilih semua baju yang ada tu dan asingkan ikut kategori. Biasanya saya akan kategorikan ikut macam ni. – Kain Batik / Kain Pelekat / Tuala besar – Seluar – T s...

PREGNANCY: 2nd Trimester

Imej
DARI WEBSITE: http://kesihatanibumengandung.blogspot.com/ Trimester kedua: Minggu 13 - 28 Kebanyakan wanita mendapati trimester kedua kehamilan lebih mudah daripada yang pertama. Anda mungkin melihat bahawa gejala seperti loya dan keletihan akan hilang. Tetapi perubahan yang lebih ketara kepada badan anda kini berlaku. Abdomen anda akan berkembang kerana bayi terus berkembang. Dan sebelum trimester ini berakhir, anda akan merasakan bayi anda mula bergerak! Trimester kedua: Bayi pada 16 minggu Badan anda berubah untuk membuat bilik untuk bayi anda berkembang, anda mungkin merasai: Sakit badan, seperti bahagian belakang, abdomen, paha, atau paha sakit Regangkan tanda pada perut anda, payudara, paha, atau punggung Gelap kulit di sekitar puting anda Satu garis pada kulit berjalan dari butang perut ke garis rambut kemaluan Tompok kulit gelap, biasanya seluruh pipi, dahi, bibir, hidung, atau atas. Tampalan sering dipadankan pada kedua-dua belah muka. Ini kadang-kadang d...

PREGNANCY: 1st trimester

Imej
DARI WEBSITE: http://kesihatanibumengandung.blogspot.com/ Trimester pertama: Perubahan awal dalam Badan Wanita Semasa trimester pertama badan anda menjalani banyak perubahan. Perubahan hormon menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan anda. Perubahan ini boleh mencetuskan gejala walaupun dalam minggu pertama kehamilan. Tak datang haid adalah tanda jelas bahawa anda sedang hamil. Trimester pertama: Perubahan fizikal dan emosi Wanita  Perubahan lain yang anda mungkin alami semasa trimester pertama termasuk: Keletihan yang melampau, payudara bengkak. Puting anda juga mungkin melekat keluar. Sakit perut dengan atau tanpa muntah (morning sickness) Mengidam atau kebencian untuk makanan tertentu, perubahan mood, sembelit (masalah mempunyai pergerakan usus), perlu membuang air kecil lebih kerap, sakit kepala, pedih ulu hati, penambahan berat badan atau penurunan. Trimester pertama: Perubahan dalam rutin harian Wanita Selari denga...

Sakit bawah perut ketika hamil

Imej
Assalammualaikum.. lama sungguh tak updated sebab internet problem.. hari ini baru boleh guna..  Baru-baru ini aku mengalami sakit bawah perut yang sangat luarbiasa.. sakit teramat sangat.. tak tau nak buat apa.. baring tak kena, duduk tak kena, mengiring tak kena.. sampai nanges lar.. kesibukan aku waktu itu menyebabkan aku terpaksa banyak bergerak ke sana ke mari..  waktu nak solat zuhur ada blood spotting. Cuak! pergerakan aku terbatas.. kejap sakit kejap ok.. bila aku balik kerja.. awal-awal dah maklum kat suami aku tak boleh naik tangga rumah sebab sakit sangat.  suami ajak pergi check up kat Hospital Sultanah Aminah (HSA). Sampai sana kami tunggu untuk berbuka puasa.. kemudian daftar untuk pemeriksaan.  aku dapat doktor baru.. 1st day kerja kat Jabatan Kecemasan & Trauma.. Kena check BP, air kencing dan scan..  Alhamdulillah pertama kali aku dapat tgk baby yang dah mula ada jantung.. tiba-tiba hilang rasa sakit sebab terlalu happ...

Kuah Rojak Petis

Assalammualikum.. Kali ini aku nak share recipe campak-campak secara tak sengaja jadi.. ehheheheh... di sebabkan terlalu kepingin nak makan rojak petis yang sedap dan di simbahi kacang yang yummm yummm... jom try.. Kuah Rojak Petis blend: 2 ulas bawang besar 6 biji cili padi (lebihkan kalau suka pedas) 1 inci belacan 1/2 botol kicap cap kipas udang 3 sudu besar petis garam gula (ikut rasa manis yang disukai) penambah perisa (optional) **kacang tanah utk ditabur atau dicampur dalam kuah masak semua atas dapur sampai didih.. bila sejuk kuah akan jadi lebih pekat.. GOOD LUCK!!

Alhamdulillah.. Momi to be.. :)

Imej
Assalammualikum..  Syukur kehadrat Allah yang sentiasa memberi kasih dan sayangNya.. alhamdulillah aku di sahkan pregnant.. happy sangat.. rezeki kami awal.. my first pic of pregnancy.  tunggu lagi dua minggu kta buat buku merah.. hehehheh..  positive.. :) hari hari asyik makan ni je.. kuah rojak aku buat sendiri.. nak resepi nanti aku post lain ye.. :)

Suka makan masam-masam!

Assalammualaikum.. Saspen jer tajuk kali ini.. lately ni aku suka sgt makan benda masam-masam .. tak tau lar kenapa.. kecur je air liur cheq.. mungkinkah aku pregnant?? jeng jeng jeng.. memang tu impian yang penuh pengharapan.. period aku dh lewat satu hari.. nak check... sabar dulu.. berdebar-debar je rasa..  hati aku pon rasa sayu je.. perut makin membulat.. pelik jer.. ke perut aku ni ada babat tepu.. sebelum kawin tak lar buncit sangat berbanding sekarang.. makin menjadi-jadi.. ehhehhe...  puas aku dengan ejad cari tanda-tanda hamil satu minggu... punya lar tak sabar..  antaranya simptom-simptomnya ialah:-   1. Rasa lapar yang berpanjangan Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda. (selalu je aku lapar.. hahahha.. tapi kali ni kerap juga...

Indah Bercinta Selepas Kahwin

Imej
Indahnya bercinta selepas kahwin... serious.. memang seronok.. beza sgt kalau bercinta sebelum kahwin.. aku berterima kasih dan memanjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah yang sesungguhnya amat menyayangi aku..  DIA beri suami yang terbaik untuk aku.. DIA bagi sama seperti apa yang aku doakan setiap hari.. aku rasa amat bertuah.. setiap detik rindu kat suami.. bila masing-masing pegi keje mulalah rasa rindu membuak-buak.. begitu jugak suami aku.. kami selalu tertanya-tanya.. "tak sangka kahwin dengan hang.. hahhaha"..  (biasalah suami aku orang kedah.. background family aku pon utara.. senang nak bual..hehhhehe) kadang-kadang rasa kelakar pulak bila masing-masing rasa tak boleh berjauhan.. hhehehhe.. Sebelum kahwin hari-hari aku doa padaNya: Ditemukan dengan jodoh yang terbaik yang boleh membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya aku mohon pada Allah agar jodoh aku sebaik arwah abah.. penyanyang, memahami, ambil berat, kelakar, tempat aku berma...

DIY: Pelamin Perkahwinan

Imej
Assalammualikum..  Macam best je kan DIY Pelamin sendiri.. hehehehe.. memang puas hati dan sangat cantik di mataku..  ramai yang puji pelamin cantik... Tidak kurang juga ada yang bertanya amik pelamin kat mana.  Mak aku pon dengan bangga ckp pelamin kami buat sendiri..  Pelamin kahwin aku buat dengan adik ipar (ayu) dan suami.  tirai putih kat belakang, pasu, carpet putih, lampu spotlight, kaki pasu dan lampu chandelier di taja oleh ayu dan family.  aku cuma buat gubahan bunga pelamin.. kos beli bunga RM302 termasuk GST!! span bunga 10 biji  aku tak ingat harga.. hehehhe... beli kain oren 30 meter yang berharga RM3.00 semeter.  beli dawai sikit untuk ikat kain dan gantung..  Kerusi aku sewa dengan abg angkat aku.. abg enal.. bunga telur beli sendiri.. pentas mak aku pinjam kat surau tepi rumah.. hehehhe.. berat dia nauzubillah!!!  Nasib baik anak-anak tahfiz banyak bantu kerja kahwin aku..  Terima kasih adik-adik semoga...

Happy Birthday Sayang

Imej
Enjoy the video.. love you syg

Homemade Crabby Patty

Imej
Assalammualaikum..  Pagi-pagi hubby requested nak makan Crabby Patty.. Die Hard Fan Spongebob Squarepants.  Dia cakap sedap tapi tak boleh lawan Double Cheese Burger McD!! ahhahahahha.. mesti la tak boleh tapi ini lebih terjamin kandungan rempah dia.. hehehhe Jom kita try buat Crabby Patty recipe campak-campak yang mabeles ni..  CRABBY PATTY SPONGEBOB SQUAREPANTS 1 pek daging kisar 1 biji telur 1 sudu kecil serbuk cili 1 sudu kecil rempah campur (biji ketumbar + jintan manis + jintan putih = sangai dan kisar halus) 3 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar gula garam dan penambah perisa secukupnya 2 keping cheese Roti burger salad tomato optional: campur dalam adunan daging bawang bombay daun sup mixed all together pastu bulat-bulatkan dan tempek atas kuali leper.. guna margarine/butter utk brownish daging tersebut.. tadaaaaaa.. dah siap!!

DIY: The Making of Wedding Veil

Imej
Assalammualaikum.. Bila bercerita tentang hari perkahwinan atau pertunangan, tidak akan terlepas dari pencarian veil yang cantik untuk hari bahagia.  Tema kami untuk hari pernikahan adalah warna kelabu. Bersederhana dalam menata hiasan veil pernikahan dan inginkan kepuasan, DIY adalah pilihan terbaik. Kos buat veil nikah: 2 meter kain chiffon  RM24.00 1 meter lace - RM28 (mahal sebab gatal pegi beli kat gulatis.. errrkkkk) 2 warna (putih dan hitam) belian tampal RM10.00 2 warna manik (Kelabu & peach) RM8.00 Benang kelabu dan jarum RM1.50 Jahit tepi tudung anggaran RM5.00 - aku dah ada mesin jahit tepi sendiri.. :) jimat.. Alat menampal manik (Optional) RM68.00 pakai seterika pun boleh tp leceh sikit la.. Aku beli sebab dah mulakan business belian tampal.. :) jimat masa dan tenaga cuma perlukan sedikit kreativiti dan kesabaran.  Bila dah siap pasti gembira dengan hasilnya. Total tanpa kira alat tampal belian RM76.50 Total dengan alat tampal belian RM...

DIY: Hantaran Budget

Imej
Assalammualikum.. Kali ini aku nak cerita tentang hantaran budget untuk perkahwinan.  Seperti yang dipersetujui pihak lelaki 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan.  Puas kami survey hantaran yang ready made.  Memang cantik tetapi boleh mencecah hampir RM1000 untuk 5 dulang hantaran. Paling murah untuk 5 dulang hantaran RM350. Jadi kami ambil keputusan untuk buat sendiri hantaran kami.  Kos anggaran kasar untuk kedua-dua pihak. iaitu 13 dulang hantaran berjumlah RM400 sahaja. JIMAT SANGATTTTTT!!! Siap ada balance lagi barang-barang hiasannya. Jadi kalau nak jimat boleh buat sendiri. Cuma perlukan keberanian, kreativiti dan sedikit research tentang hantaran.  Tapi kalau malas boleh je tempah kat aku.. Nak sewa pon boleh.  Contact / Whatsapp nombor ini ye : 016-6949496 The making of Hantaran Perkahwinan Kak Mus membantu dengan tekun.. hehhehhe Final Touch... Hantaran yang SO SIMPLE tapi cantik.. hehehhehe

Kad Undangan Perkahwinan

Imej
Assalammualikum..  Kad undangan perkahwinan buat kenang-kenangan.. 3hb Mei 2015..

Pertukaran Status

Imej
Huh! macam tak percaya tinggal lagi 5 hari sebelum majlis pernikahan ku.. pejam celik pejam celik dah nak jadi isteri org dah.. aku akan mula bercuti 28hb April 2015 sebagai persediaan sebelum majlis.  banyak juga kerja-kerja yang perlu di siapkan. dengan penuh pengharapan, rahmat dan keredhaan Dia. Semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. rasa rindu pada sanak saudara terutamanya sepupu-sepupu perempuan aku yang sangat kecoh.  rindu sangat dekat semua.  Doakan kami, semoga selamat perjalanan pergi dan balik kami.. serta kemeriahan majlis kami nanti berjalan dengan lancar dan teratur. Insyallah.. amin

Kisah Suami Teringat Kekasih Lama

Credit to: Debunga Cinta - http://efatin-eman.blogspot.com/ Hujan gerimis di luar. Di beranda rumah. Namun, tidak tempias. Kelihatan dua lelaki tengah berborak. Kawan lama yang dah lama tak jumpa. Ziarah si suami yang baru dua tahun bernikah. Si isteri ada dalam rumah, sediakan makanan dan minuman. Suami: "Aku ada masalah sikitlah." Sahabatnya: "Masalah? Masalah rumahtangga ke? Kalau rumahtangga, aku tak nak masuk campur tahu." Suami: "Bukan. Masalah d iri aku sendiri. Kebelakangan ni aku asyik teringat pada kekasih lama. Sampai termimpi-mimpi. Sedikit sebanyak, menggugat hati aku pada isteri." Sahabatnya: "Oh. Yang dulu tu ya. Ada contact-contact lagi ke?" Suami: "Tak ada. Aku just teringat. Kadang-kadang, aku stalk fbnya." Sahabatnya: "Ya Allah. Tak baik begitu. Aku tahu yang dulu tu cantik jelita. Ada segala..." Suami: "Itulah. Buat aku banyak berfikir." Sahabatnya: "Please jangan menyesal. ...

Nasi Ayam Penyet Kesukaan Si Dia

Imej
Nasi Ayam Penyet (2 - 3 org) Perapan Ayam: 1/2 ekor ayam Bahan kering sangai sampai wangi lepas itu blender. 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan hitam 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar lada putih 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk kari daging (optional) Garam secukupnya Minyak untuk menggoreng Campur semua bahan kering dalam ayam dan perap sekurang-kurangnya 2 jam. Kemudian goreng dengan api sederhana hingga masak garing. Sambal Ayam Penyet: 7 biji Cili Padi 2 biji Cili Merah 1 biji Bawang besar 1 biji Tomato 1 inci Belacan Garam dan Perisa secukupnya Paste air asam jawa secukupnya  Semua bahan di blander kasar sedikit dan kemudian campur bahan optional Optional 1/2 biji tomato di potong kiub Perahan air limau purut (** ambil sedikit kulit limau purut dan racik halus) Bahan-bahan ulam-ulaman: Tempe Tauhu Goreng Kacang Panjang Tomato Timun / Salad SELAMAT MENCUBA!!

Petua Seri Wajah Pengantin

Imej
Tinggal beberapa hari sebelum majlis perkahwinan kami.. Pelbagai persiapan telah di buat hingga menanti waktu di Ijab Qabul. Persiapan diri perlulah di jaga rapi dan sebaik-baiknya 44 hari sebelum majlis.   Ini beberapa petua yang aku amalkan untuk hari-hari terakhir majlis: Minum air inai - ambil segenggam daun inai kemudian rebus. Minum suam-suam.  Makan kelopak bunga rose - tapi kena hati-hati.. cuci dulu baru makan. takut ada bekas-bekas semburan racun serangga / ubat pengawet Minum air suam panas banyak-banyak  Minum air asam jawa Makan buah tomato separuh dan lagi separuh buat masker wajah Sentiasa senyum dan positif walaupun ada banyak masalah.  Paling penting dan wajib buat - solat wajib dan solat-solat sunat.  Kalau ada masa baca yassin.   Perkara penting kena buat setiap hari atau dua hari sekali. Call mak.. hehheheh.. Insyallah tersenyum selalu.  Terima kasih momi. Love u! Amalkan baca Suruh Yusuf ayat 4 sebagai penyer...

Jodoh dari Tuhanku

Cinta & Alam Perkahwinan.. Perkara yang tak pernah terfikir dalam fikiran.. Penantian yang sangat lama.. Sampai tak terjangkau akal fikiran aku akan berkahwin di usia begini..  Kesabaran menunggu jodoh yang telah Allah takdirkan di Lauh Mahfuz.  Banyak cabaran, kata-kata sumbang, penghinaan, fitnah ibarat menjadi lumrah, tanpa pernah mereka fikirkan takdir Allah lebih baik dari apa yang kita harapkan. Alhamdulillah.. Ya, pemilik tulang rusuk telah datang temui aku.. Datangnya penuh misteri, penuh kejutan bagaikan magic!  Berdetak hati waktu pertama kali bertemu.. Hati tak keruan dengan debaran hingga terdetik dalam hati "Dia ni jodoh aku ke??  Napa aku rasa tak senang duduk bila tengok muka dia ni??"..  Keyakinan dan ketentuan Allah.. Itulah pertemuan pertama aku dengan bakal suami.. Ejad. Pertemuan pertama pada bulan awal Disember 2014 di kedai Aksesori Kereta, Pontian.  Dek kerana debaran yang sangat kuat, tanpa ragu dalam hati kecil aku berdoa pa...