Kisah Suami Teringat Kekasih Lama

Credit to: Debunga Cinta - http://efatin-eman.blogspot.com/


Hujan gerimis di luar. Di beranda rumah. Namun, tidak tempias.

Kelihatan dua lelaki tengah berborak. Kawan lama yang dah lama tak jumpa. Ziarah si suami yang baru dua tahun bernikah. Si isteri ada dalam rumah, sediakan makanan dan minuman.

Suami: "Aku ada masalah sikitlah."

Sahabatnya: "Masalah? Masalah rumahtangga ke? Kalau rumahtangga, aku tak nak masuk campur tahu."

Suami: "Bukan. Masalah diri aku sendiri. Kebelakangan ni aku asyik teringat pada kekasih lama. Sampai termimpi-mimpi. Sedikit sebanyak, menggugat hati aku pada isteri."

Sahabatnya: "Oh. Yang dulu tu ya. Ada contact-contact lagi ke?"

Suami: "Tak ada. Aku just teringat. Kadang-kadang, aku stalk fbnya."

Sahabatnya: "Ya Allah. Tak baik begitu. Aku tahu yang dulu tu cantik jelita. Ada segala..."

Suami: "Itulah. Buat aku banyak berfikir."

Sahabatnya: "Please jangan menyesal. Kalau kau rasa menyesal, pernikahan kau selama 2 tahun ni jadi sia-sia. Kau wajib tutup mata dan fikiran kau pada yang lepas. Ibarat letakkan segala cinta, kenangan, ingatan, memori, suka duka dalam satu botol dan tutup kemas. Lepas tu, campak botol tu jauh-jauh di lautan. Jangan datang lagi ke dalam hidup baru."

Suami: "Tapi, aku banyak buat comparison antara dia dan isteri..."

Sahabatnya: "Stop. Jangan buat satu perbandingan pun. Kau kena letakkan dalam ingatan dan pemikiran kau sekarang, tiada yang terbaik selain isteri kau yang sah. Tiada yang lebih indah di mata kau selain isteri sendiri. Tiada yang lebih gojes, menawan selain isteri. Ratu sanubari."

Suami: "Tapi..bukankah Rasulullah s.a.w. sendiri teringatkan arwah isterinya, Saidatina Siti Khadijah walaupun bersama dengan Saidatina Aisyah?"

Sahabatnya: "Itu arwah isterinya yang sah. Malahan, melahirkan zuriat untuk Baginda dan bersama-sama berkorban di sisi Nabi s.a.w. ketika tiada siapa dalam dunia ini mahu mempercayai. Tapi, dalam kes kau ni, dia kekasih lama. Tak halal. Bahkan haram untuk kau ingati. Berkorban untuk kau? Jauh sekali tidak pernah! Andai dia betul berkorban, sekarang dia dah jadi isteri kau tak berpisahlah dulu-dulu!"

Suami: "Hmmm.."

Sahabatnya: "Kau istighfar banyak-banyak. Block semua link yang berkaitan dengan kekasih lama.

Kemudian, kau renunglah dalam-dalam isteri kau sekarang. Cuba kau selami hatinya. Pertama, dia terima kau seadanya, sepenuhnya walaupun kau ada kisah silam. Mustahil dia tak tahu sedikit pun tentang kau dulu. Dia berkorban perasaannya untuk memahami kau. Supaya hati kau tenang walaupun hatinya bergelora cemburu. Kadang sakit hati dan sedih dengan sikap kau. Mana kau tahu, kan?

Kedua, dia dedicate hidupnya untuk kau sekarang. Malahan, mengandungkan anak kau. Betapa peritnya wanita hamil. Sakit perut, loya tekak, pening kepala. Dia tanggung demi kau.

Ketiga, segala makan minum, pakaian kau semua dia yang uruskan. Dia sanggup hafal apa yang kau suka. Tak buat apa yang kau tak suka. Dia tahu apa yang kau suka makan, dia sanggup belajar masak makanan kegemaran kau. Walaupun susah macam mana pun permintaan kau, dia cuba penuhi. Besar pengorbanannya.

Keempat, sakit pening kau, siapa yang jaga kalau bukan dia? Siapa yang menangis berdoa minta suami segera sembuh kalau bukan dia? Siapa yang risaukan kau tiap masa bila kau balik lewat ke rumah, kalau bukan isteri kau?

Kelima, siapa yang cuba bahagiakan kau tiap masa kalau bukan dia? Siapa yang bila pandang wajah kau, dia akan senyum dan dalam matanya hanya ada kau? Dalam hatinya pula tiap detik, berdoa agar suatu hari bersatu lagi di Syurga bersama-sama.

Semua ni, pengorbanan seorang isteri kepada suaminya. Kepada kau.

Tolong. Hargainya. Dialah permata di celahan kaca. Dialah bidadari 'Ainul Mardhiah' kau di dunia dan akhirat. Dia Qurratu A'yun (penyejuk hati dan mata) kau.

Cantik jelita orang dulu tu kau campak saja ke longkang. Fikirlah, cantik agama isteri kau akan menjadikan isteri kau ketua bidadari di akhirat kelak dengan kecantikan 150 juta kali lebih cantik mengalahkan semua wanita cantik fake di dunia ini."

Si suami itu sebak. Bergenang air mata mendengar kata-kata kawannya. Barulah dia tersedar dari lamunan dan angan-angannya.

Si isteri rupanya terdengar perbualan si suami dan kawannya itu dari dalam. Mengalir air mata sendirian di dalam.

Suami: "Ya Allah. Aku khilaf. Terima kasih, sahabat. Aku bersyukur Allah anugerahkan aku jodoh yang terbaik. Demi Allah, aku sayang dia. Mulai hari ini, aku tak nak dah ingat cerita lama. Buang jauh-jauh. Aku nak sayang isteri aku sorang je."

Sahabatnya: "Alhamdulillah. Moga apa yang dikata, dikota."

Kawannya tak duduk lama, terus meminta izin pulang. Tahu si suami nak selesaikan urusan dengan isterinya.

**

Suami masuk cari isteri. Isterinya menangis di sudut ruang tamu. Namun, si isteri segera ukir senyuman. Memaafkan suaminya walaupun hatinya sedikit terluka.

Si suami memujuk sambil minta maaf berkali-kali. Menyanyikan lagu Nash - Pada Syurga di Wajahmu.

"Entah di mana akal fikiran, hingga sesat di jalan yang terang. Ini suratan yang diberikan menguji kekuatan jiwa.."

Isteri tersenyum.

"Suara tak sedap "

Suami: "Lagu Kopratasa - Permata Untuk Isteri lak, nak?"

Isteri: (^_^)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buntu..

Petua Seri Wajah Pengantin