DIY: The Making of Wedding Veil

Assalammualaikum..

Bila bercerita tentang hari perkahwinan atau pertunangan, tidak akan terlepas dari pencarian veil yang cantik untuk hari bahagia.  Tema kami untuk hari pernikahan adalah warna kelabu. Bersederhana dalam menata hiasan veil pernikahan dan inginkan kepuasan, DIY adalah pilihan terbaik.

Kos buat veil nikah:

2 meter kain chiffon  RM24.00
1 meter lace - RM28 (mahal sebab gatal pegi beli kat gulatis.. errrkkkk)
2 warna (putih dan hitam) belian tampal RM10.00
2 warna manik (Kelabu & peach) RM8.00
Benang kelabu dan jarum RM1.50

Jahit tepi tudung anggaran RM5.00 - aku dah ada mesin jahit tepi sendiri.. :) jimat..

Alat menampal manik (Optional) RM68.00 pakai seterika pun boleh tp leceh sikit la..
Aku beli sebab dah mulakan business belian tampal.. :) jimat masa dan tenaga cuma perlukan sedikit kreativiti dan kesabaran.  Bila dah siap pasti gembira dengan hasilnya.


Total tanpa kira alat tampal belian RM76.50
Total dengan alat tampal belian RM116.50


Berbaloi dan sangat puas hati.. simple & cantik! kalau beli yang dah siap takut manik dan belian senang tertanggal.  Jadi buat sendiri lebih baik.

Kalau nak buat tempahan atau sewa veil pun boleh.. Sila contact/whatsapp nombor ini ye.. 0166949496.  Range harga RM100.00 - RM250.00



final touch veil yang telah diletakkan manik dan belian tampal.



Sebelum diletakkan manik dan belian tampal


setelah diletakkan belian tampal





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buntu..

Petua Seri Wajah Pengantin