Suka makan masam-masam!

Assalammualaikum..

Saspen jer tajuk kali ini.. lately ni aku suka sgt makan benda masam-masam .. tak tau lar kenapa.. kecur je air liur cheq.. mungkinkah aku pregnant?? jeng jeng jeng.. memang tu impian yang penuh pengharapan.. period aku dh lewat satu hari.. nak check... sabar dulu.. berdebar-debar je rasa.. 

hati aku pon rasa sayu je.. perut makin membulat.. pelik jer.. ke perut aku ni ada babat tepu.. sebelum kawin tak lar buncit sangat berbanding sekarang.. makin menjadi-jadi.. ehhehhe...  puas aku dengan ejad cari tanda-tanda hamil satu minggu... punya lar tak sabar.. 

antaranya simptom-simptomnya ialah:-

 1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

(selalu je aku lapar.. hahahha.. tapi kali ni kerap jugak aku makan dari kebiasaan.. terutamanya jajan..)


2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

(errkkk.. ni aku tak pasti lar pulak..)


3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

(kekerapan.. hurmmm.. kalau minum air masak memang cepat je nak gi toilet.. buat masa ni macam biasa je)


4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

(ni sangat betul.. mmg cepat sangat aku letih.. sampai demam pon ada.. buat kerja sikit je tapi letih dia mcm lari padang kolej je... hehhehe)


5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

(yang ni mmg aku sensitif sejak dua menjak ni.. sentuh pon rasa tak selesa.. buah dada pon rasa tegang je.. montok je rasa.. pelik...)


6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

(yang ini aku kurang pasti.. hari tu ada gak pakai panty liner.. ingat keputihan.. tp warna coklat-coklat mcm darah.. tp entah.. tak pasti pulak..)


7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

(haritu ada gak rasa loya nak muntah.. tapi bila bau buah bacang ke kuini aku pon tak tau.. hahhaha.. teros rasa lega.. takde rasa nak muntah dah)


8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

(tak pasti lar pulak suhu badan naik ke tak sebab memang musim panas.. tapi ada juga rasa  nak demam sejak kebelakangan ni)


9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

(baru lewat sehari.. relax dulu tapi dalam hati tak sabar nak check..)

10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.


(nanti aku check lagi 2 3 hari lagi.. semoga Allah permudahkan.. amin..)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buntu..

Petua Seri Wajah Pengantin